SIGN OUR GUEST BOOK smi_oldboys@yahoo.com

OUR SCHOOL RALLY


Thursday, January 19, 2012

Peranan Alumni? Untuk Ahli atau Untuk Sekolah?

Alumni seperti yang kita maklum adalah merujuk kepada satu kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahli yang bersatu di atas satu perjuangan atau satu matlamat. Alumni sering dikaitkan dengan bekas pelajar sekolah, kolej atau universiti.

Setiap jenis cabang alumni adalah berbeza. Di universiti ada yang lebih suka ber "Alumni" dengan rakan satu kursus malah ada yang gemar mengikut asal dan kenegerian. Di sekolah pula, trend alumni lebih kepada mengikut batch.

Kebanyakan sekolah di Malaysia ini sudah mempunyai alumninya sendiri terutamanya sekolah-sekolah yang telah lama bertapak. Antara sekolah yang telah mempunyai alumninya sendiri adalah MCKK, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Victoria Institution, St. John's Institution dan termasuk juga sekolah kita, iaitu St. Michael's Institution. Setiap alumni ini mempunyai matlamat dan perjuangannya sendiri. Ada yang pada peringkat awal penubuhannya hanya berobjektifkan untuk kebajikan ahli-ahli. Selain mengeratkan silatulrahim antara sesama rakan-rakan sekolah, kebajikan setiap ahli juga dipantau. Setelah mereka menguatkan alumni mereka dengan kekuatan ahli dan aktiviti-aktiviti untuk ahli barulah mereka mula berbakti kepada sekolah terutamanya untuk keperluan pelajar. Malah ada juga alumni yang memberikan bantuan sokongan seperti kewangan dan kepakaran yang ada pada setiap ahli di dalam alumni.

Ada sesetengah pendapat berkata apabila bekas pelajar menjadi ahli kepada sesuatu alumni, membayar yuran tahunan dan menjadi ahli sesuatu persatuan alumni, bukankah apa yang dibayar perlu berbaloi dengan penyertaannya di dalam persatuan tersebut. Ini bermakna alumni hanya perlu fokus kepada ahli dan bukannya hanya sekolah. Ini kerana tugas menaikkan nama sekolah atau memperbaiki kekurangan yang ada pada sekolah adalah tanggungjawab sekolah dan PIBG bukannya alumni. Namun demikian ada pula berpendapat sebagai bekas pelajar, peranan alumni adalah membantu menaikkan nama sekolah.

Oleh yang demikian, adakah anda lebih suka kepada alumni yang berbakti kepada ahli-ahlinya sahaja atau yang hanya untuk sekolah sahaja atau kedua-duanya sekali. Sekiranya kedua-duanya sekali yang manakah perlu diutamakan, ahli atau sekolah?

No comments: