SIGN OUR GUEST BOOK smi_oldboys@yahoo.com

OUR SCHOOL RALLY


Friday, January 27, 2012

Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh

Petikan kata-kata semangat yang dipetik di dalam FB SMIOB Rugby Club untuk tatapan semua agar sama-sama kita berdoa untuk kejayaan team rugby SMIOB ini.

Mohd Dzran
- Tahniah kpd semua yg terpilih untuk main Sabtu ni...termasuk 3 import...pasukan akan bertolak dengan 3 kereta..dari SMI dan kemudian melalui tol ipoh selatan..keluar ikut highway guthrie dan menuju ke Shah Alam...dan akan menginap di UiTM Shah Alam untuk 2 hari..kejohanan akan bermula 8.30 pagi hari Sabtu dan berakhir petang Ahad...

Terima kasih kepada bekas-bekas pelajar yang sudi menaja kos-kos penginapan, pengangkutan, yuran, makanan dan minuman. Sumbangan ikhlas anda amat berharga kerana semangat sekolah itu yang kita mahu. Walaupun ada yang tak pernah main ragbi dan dah gemuk tak boleh main ragbi tapi sudi membantu. Bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bersatu teguh bercerai roboh. Senior kena tolong junior baru boleh NGAM dan COOL. Nama-nama anda akan diberi penghargaan selepas kejohanan nanti.

Kepada pemain,korang main dgn penuh semangat.Kalau kalah pun biar kalah melawan. Kalau menang biar bawak balik cup. Kalau masa sekolah tak dapat pergi main luar Perak sebab sekolah kita takde bas dan juga sebab kekangan bajet, inilah peluangnya main kat Padang Utara. Dan inilah apa yang SMIOB buat, bukan hanya cakap kosong semata-mata.

Kalau orang kata "Awak penah jejak Padang Utara?" Dan bila bagi jawapan "Ya". Orang yg tanya soalan tu akan cemburu dengan anda..kerana dia tahu anda HEBAT!!

Ok. Selamat Malam. Malam ni malam Jumaat. Saya nak cari kepuasan di sebalik malam2 di Kuala Lumpur.Kepuasan yang tiada nikmatnya. Kenikmatan pekena teh tarik di kedai mamak yang cekik darah!!

Mohd Fazli - Sedih gile tak dapat join team SMIOB rugby ke kejohanan rugby ANSARA nih sb sibuk ngan keje yg ta habis2... tak dapt nk bg sokongan kat sana tp doa diiringi agar team sampai dan pulang dengan selamat...drive tu hati2... kepada rakan2 yg sudi menjadi penaja tuk team rugbi nih..aku ucapkan ribuan terima kasih... kepada saudara Hafiz zulkifli & Saudara Mohd Dzran, jg adik2 kita nih elok2... kecekalan, kesungguhan dan disiplin akan membuahkan kejayaan.. kepada adik2 semua buat yang terbaek dan men ngan sungguh2 k....wooot2..

Dannyza Osman - Kepada player 2x yg akan berangkat ke karnival ragbi ANSARA mlm sok aku harap korang bermaen bersungguh 2x....tahniah wat korang semua....aku iringi doa agar korang selamat pergi dan selamat sampai....bawak kete berhati 2x.....kepada yg memberi sumbangan ikhlas korang tuk team DRC nie terima kaseh aku ucapkan...semoga Allah jew yg membalas jasa korang....to Hafiz Zulkifli, Mohd Dzran & Mohd Fazli dan yang laen 2x tanpa usaha dan pengorbanan korang semua nye sia 2x....ALL THE BEST......

No comments: