SIGN OUR GUEST BOOK smi_oldboys@yahoo.com

OUR SCHOOL RALLY


Thursday, January 8, 2009

AkU BuDaK SMI-Part 1

By Mohd Dzran [1996]
Guys seperti yang dijanjikan, cerita aku di SMI. Tulis dalam BM. Lagi feel dan senang nak luahkan.

Aku seorang MICHAELIAN. Sebab aku bersekolah di ST. MICHAEL'S INSTITUTION IPOH. Short formnya SMI. Aku bersekolah sejak aku umur 7 tahun sampai le umur aku 17 tahun. Bayangkan selama tu aku bersekolah di situ. Most of my childhood i spent my years there. Berak, kencing, peluh aku semua di situ.


Masa sekolah rendah aku di St. Michael 1. Yang membezakan 1 dan 2 hanya pada dacingnya. Satu kaler kuning manakala 2 kaler putih. Dan lawaknya setiap tahun dan setiap penggal kena bergilir-gilir sesi persekolahan. Selalunya bulan Januari sampai bulan 5 SMI 1 sekolah pagi dan SMI 2 sekolah petang. Dah seronok2 sekolah pagi kena pulak tukar petang. BOSAN!! Darjah Satu aku di kelas biru sampai le darjah 4.

Masa darjah 4 aku dilantik menjadi pengawas. Biasala jadi pengawas kena jaga kelas masa cikgu meeting, jaga tempat2 yg di kawasan sekolah especially masa sekolah belum start dan masa rehat. Kalau kena jaga kelas senior darjah 6 memang teruk le. Kena buli. Gila apa kena jaga abg2 senior dua thn lebih tua. Tapi senang aje, report kat cikgu pengawas. Senyap le abg2 senior yg konon nak tunjuk samseng padahal masih hingusan lagi huhu.

Masa darjah 4 juga aku X-Cident. Aku jatuh masa main kat Taman. Tangan aku terhentak kat longkang. Tak patah tapi pergelangan tangan aku terhiris. Doktor kata nasib aku baik. Sikit lagi je nak kena urat nadi aku. Kalau tekena urat nadi dan terputus, maka aku dah tiada lagi di dunia sejak 1989. Syukur Alhamdulillah.


Tahun 1990 masa aku darjah 5, SMI 1 buat polisi APARTHEID dan DISKRIMINASI. Dah elok bersama sejak darjah satu kena pulak tukar kelas. Berpisah le aku dgn kawan2 rapat masa tu, Azlan Fairuz, Frederick Fernandez dan juga Liew Kah Wei. Kah Wei aku ingt lagi dia kena cekak kolar baju dgn pengetua JIT SINGH(paling dibenci sebab garang sangat).

So aku ditempatkan di kelas 5 MERAH. Ikut ranking kelas merah kelas yang ranking ketiga kurang pandai. Yang tersangat pandai HIJAU. Second pandai, BIRU. Dan yang paling tak pandai kelas KUNING. Entah apa tujuanpoihak sekolah buat begitu. TAK ADIL!!


Tapi entah macam mana di penghujung tahun tu Cikgu Kelas, Cikgu Noraini kata aku layak masuk kelas HIJAU. Kelas nerd huhuhu. Yang dapat masuk hijau, seingat aku...aku dan regis ArulRaj. Berpisah lagi......:(

Tahun 1991 darjah 6 masuk le aku dalam kelas nerd ni. Yang aku masih ingat budak 6 HIJAU ni, Azlan Fairuz (jumpa balik mamat ni hehe), Soffan, Shamsuriani, Zunisyam,Hasmardy, Low Thang Siang(aku dgn dia kena sepak dgn cikgu kelas, Cikgu Hamid sebab aku kejar dia keliling sekolah sebab dia kutuk aku ) dan Loh Wai Chew. Yang lain tak ingat. Kelas ni sebab ramai nerd dan budak pandai dalam bab sukan memang kantoi. Lawan bolasepak je mesti kena belasah especially dengan kelas kuning. mana taknya Low Thang Siang keeper hehe. Aku selalu main defend aje hehe. Tapi seingat aku Thang Siang not bad jugak main keeper.

Masa darjah 6 aku ditawarkan untuk menjadi Ketua Pengawas SMI 1. Tapi entah kenapa aku tolak tawaran tu. Aku cakap aku tak ready. Mereka kata nak lantik budak Melayu jadi ketua pengawas. Tapi fikirkan balik rugi jugak aku tolak tawaran tu. Setelah menolak tawaran tersebut, aku cuma dilantik jadi penolong ketua pengawas. Yang jadi Ketua Pengawas, Chee Kin Ghee.

Damn!! difikirkan balik RUGI betul. Cikgu pun satu, nak lantik, lantiklah, jgn offer. Once ada offer there will be a rejection. Make it as an order or a command. Of course I will obey.:)


Gila beb. Kelas 6 Hijau ni power gila bebudaknya. Masa kelas 5 MERAH aku boleh dapat no 2 dalam kelas, masuk kelas HIJAU aku NO 2 jugak tapi dari belakang. Rasa kerdil sungguh. Tapi tak apa semangat nak skor semua A dalam UPSR tetap menjadi matlamat utama.

Tibalah masanya. Dah minum berapa byk botol air penawar. Nak terangkan hati bila jawab soalan. Periksa UPSR masa tu kat Dewan Sekolah Menengah. Periksa dari hari Isnin sampai Khamis. Subjek BM(pemahaman), BM(penulisan), BI dan Matematik. Lepas habis exam....HOORAAYYYY...merdeka....

Selang beberapa bulan kemudian, results UPSR keluar. Aku dapat 3A 1B. Matematik aku dapat B. Kawan-kawan lain ramai yang dapat 4A. Hancur harapan aku nak masuk sekolah berasrama penuh terutamanya Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR) atau Malay College Kuala Kangsar(MCKK). Sedih tak dapat Matematik A. Tapi tak apa, menanti aku pada tahun berikutnya, adalah ST.MICHAEL'S INSTITUTION IPOH. Tak jauh, sebelah aje. Bezanya aku tak dapat dok hostel. Dok rumah.

Berakhirlah kehidupan aku di sekolah rendah. Di saat itu juga aku berpisah dengan kawan-kawan aku Azlan, Zunisyam, Shamsuriani dan budak Melayu yang lain. Masa tu budak2 Melayu yang pandai akan target nak masuk Sekolah Berasrama Penuh(SBP). Azlan masuk sekolah agama kat BOTA. Yang tinggal teruskan perjuangan di SMI, aku, Hasmardy dan Soffan (kecewa mcm aku gak dapat 1 B, tak dapat pergi MCKK, tapi form 4 dia dapat jugak jadi budak koleq.)

Dan seterusnya pada 1992, SMI datang menjemput aku...

6 comments:

Peter Khiew said...

A good story. Interestingly told. Waiting for your Bab 2.Thanks Dzran.

Unknown said...

Chaiesss haku pun satu kelas ngan ko masa 6 hijau tu lah..tapi sebenornya haku pun tak ingat mike..muahahahah..

AloBoy said...

thanks Mr.Khiew...
part 2 will be on the life in SMI..more interesting life there..something new..
btw mr.khiew is your blog accessible to the students? in other words do they often log in to your blog and read the posts...?

Yobster@azrul..hang satu kelas dgn aku ke..hehe lupa la..ko pun prefect gak kan..aku rasa kelas 6 hijau tu memang bagus2 budaknya huhu...aku pun tak sangka results UPSR dapat mcm tu...

Anonymous said...

hehehe kalau mike ada gambor lagi best kan memory kelas hijau mike tu

Ah SEng said...

best la citer abg..

Anonymous said...

hmm cerita yg menarik..
memang pun masa tu lagi kita dah satu malaysia..
indah untuk dikenang..
mana pi sofan afendi tu yek?
MCKK tu..
ko xde ke gambar 6 hijau??
aku rasa ada la..tapi kena punggah dulu la..
hahaahaha...
iqbal anak cikgu zainon(kalau xsilap la)
ada jumpa ka?
-zunisyam-