SIGN OUR GUEST BOOK smi_oldboys@yahoo.com

OUR SCHOOL RALLY


Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari SMIOB

Ramadan berlalu pergi. Syawal menjelma lagi.

SMIOB mengucapkan Selamat Hari Aidilfitri kepada MICHAELIANS( boys & girls; old boys & old girls), guru-guru, bekas guru serta warga kerja pentadbiran SMI yang beragama ISLAM. Moga Syawal kali ini Syawal yang penuh bermakna bagi kita semua.

Di kesempatan ini juga SMIOB memohon ampun dan seribu kemaafan sekiranya terdapat salah dan silap dalam tutur kata dan tulisan yang mengguris hati.

Sempena hari yang mulia ini juga marilah kita sebagai warga Michaelians saling bermaaf-maafan dan ziarah menziarahi sesama kita. Kita eratkan kembali silatulrahim sesama kita yang mungkin sudah terputus sejak sekian lama. Sesungguhnya kita adalah serupa dan sama, kita pernah bersama di bawah satu bumbung dan berkongsi suka dan duka bersama. Kita kembali bersatu di atas nama sekolah.

Kepada warga MICHAELIANS yang bukan beragama ISLAM, SMIOB juga mengucapkan selamat bercuti dan ambillah kesempatan bercuti dengan mengunjungi rakan-rakan MICHAELIANS yang beragama ISLAM di mana kunjungan anda dapat mengeratkan hubungan persahabatan, setiakawan dan persaudaraan sesama kita.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

No comments: