SIGN OUR GUEST BOOK smi_oldboys@yahoo.com

OUR SCHOOL RALLY


Friday, September 4, 2009

Erti Persahabatan


Saat gembira tertawa
Saat berduka kita sama-sama
Duduk bermuram durja

Kita saling memerlukan
Menghormati satu ikatan
Itulah ertinya persahabatan

Adakalanya terkasar bahasa
Tapi kita saling memaafinya
Pahit manis kecapi bersama
Bersatu hadapi segala

Bersamalah teman kita hargai
Mahkota suci
Bersamalah teman kita harungi
Istana erti persahabatan

Berkekalanlah hendaknya
Kemesraan di antara kita
Seandainya tak lagi bersama
Semat kenangan mengusik jiwa

Ini ada sebuah cerita. Kisah budak-budak SMI. Sekolah yang depan padang Ipoh tu.

Budak-budak SMI dalam gambar ni nak main futsal. Mereka bermain futsal selepas berbuka dan solat terawih dalam pukul 11 malam. Kebetulan malam tu malam merdeka. Alang-alang main futsal budak-budak SMI ni pun sambut juga merdeka di Sports Planet Ipoh.

Budak-budak SMI ramai juga yang datang. Ada yang datang dari batch 96(batch ni muka wajib tayang huhu), batch 98( batch sukan komanwel huhu), batch 2000(batch y2k huhu), batch 2003(batch Pak Lah jadi PM), batch 2006( batch ADIK kepada BATCH 96; sebab beza 10 tahun dan masa bebudak batch 96 nak ambil SPM, bebudak batch 2006 baru darjah satu; ADIK kepada bacth 2006 adalah batch 2016) dan batch 2008( batch lepas SPM; tahun depan budak2 2009 pula jadi batch lepas SPM).

Mereka bermain dengan penuh semangat kesukanan disulami gelak tawa keriangan. Mereka bersatu hadapi segala cabaran sebagai satu pasukan. Itulah dia erti persahabatan SMIOB.

Futsal malam merdeka tahun ni dah habis. Tahun depan entah ada atau tak ada. Kalau ada mungkin buat perjumpaan futsal di malam lain, sama ada malam lailatul qadar, malam raya atau apa-apa malam yang ada. Yang pasti mereka akan datang dan berjumpa lagi.


No comments: