SIGN OUR GUEST BOOK smi_oldboys@yahoo.com

OUR SCHOOL RALLY


Tuesday, October 28, 2008

Kenangan Darjah 6 Biru Tahun 1991


(click for full image view)

Memory Darjah 6 Biru Sekolah Rendah kebangsaan St. Michael II Ipoh...tahun terakhir sebelum melangkah ke Tingkatan Satu di St. Michael's Institution Ipoh.

Duduk (Kanan) :

Idzma, Tan Tim Hock, Syed Nasrul, Mior Nor Haider (ketua kelas), Cikgu Azimah, Guru Besar, Shan Nair, Adren, Farm Chin Hui, Foo kar Choy

Tengah (kanan) :

Ahmad Hafizi, Peter Wong, Tan Hock Leong, Yau Mun Hin, Hanis Uzir, Ridzuan, Paul, Lin Tuck Seng, Tan Shi Siong, Solomon, Khairul Nizam, Desmon Ho, Fong Wai Hong, Affendi Mohamad, Ramanid, Syukurnia, Shamsul Rizal (Dukun),

Atas (kanan):

Chew Wing Kian, Wong Mun key, Ramli, Thevarayan, Hafizulfika (aku), See Too Wai Lock, Yap Kian Chong, Mohana, Zulhairi, Yap Lai Hong, Lee Kar Hoe, Wai Long, Bakhtiar, Zairul Azhar, Danial

Kenangan 6 Biru …..

Di sini bermula perjalanan hidup aku sebagai pelajar sekolah ini dari tahun 1986 (darjah 1) sehingga tahun 1991 (darjah 6). Aku bukan seorang pelajar popular dan tak aktif di dalam apa jua bidang pun mahupun akademik, hanya pernah masuk pertandingan catur tapi malangnya kalah di suku akhir ketika umurku mencecah 11 tahun.


Ada 4 kelas di sekolah ini iaitu kelas Hijau, Biru, Merah dan Kuning . Pada tahun pertama selepas mengharungi tahu pra-sekolah, aku dimasukkan ke kelas 1 Hijau sehingga ke darjah 4. Dulu aku tidak tahu apa le istimewa sangat pasal kelas hijau ni akhirnya baru aku tahu kelas budak pandai jadi boleh le aku berbangga sekejap. Seterusnya pada tahun 5 pertama kali aku ditukar kan ke kelas 5 Merah, maka terasa amat sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan dan secara tidak langung prestasi akademikku jatuh.

Masa itu aku masih di alam kanak-kanak riang jadi tak berapa peduli sangat akan hal-hal akademik . Tahun berikutnya iaitu darjah 6 bertukar lagi kelas iaitu kelas 6 Biru dan di situ aku dapati kawan aku hebat-hebat belaka dari segi akademik mahupun sukan dan bangga dengan keadaan tersebut. Tapi kelas 6 Hijau tetap hebat dari segi prestasi akademik tapi kalau main bola kelas ni memang lauk. Kena belasah.

Tatkala aku imbas kembali rupanya banyak kenangan suka duka di sekolah rendah ini. Antaranya permainan harian sewaktu di sekolah sama ada sebelum masuk sekolah dan waktu rehat ialah bermain guli, main konda kondi, baling kasut , sepak takraw, main aci kejar, main jengkit jengkit, polis tentri time jumaat (ponteng sembahyang), sorok-sorok , galah panjang dan macam-macam lagi.

Kalau bab kena denda jangan cakap laa... penampar, rotan, berdiri kat luar kelas, cubit, berlari satu padang, kutip sampah, berdiri atas kerusi , junjung kerusi dan paling best kepala kena hantuk kat papan hijau yang di amalkan oleh cikgu Jalal, cikgu muzik kami sampai berbekas papan hijau itu. Masa tu aku di dalam kelas 5 merah, tak tahulah sekarang ni dah tukar atau belum papan hijau tu.


Semua denda tu pernah aku lalui dengan paksa relanya walaupun aku bukan nya pelajar yang nakal dan ianya memberi pengalaman dan pengajaran secara tak langsung. Tak sama dengan pelajar zaman sekarang. Nak kena rotan pun kena melalui Guru besar. Itu baru denda belum lagi maki hamum. Aku ingat lagi sewaktu di darjah 6 Cikgu Tang (kalau tak silap) suka marah kan pelajar dengan bahasa yang indah iaitu BANGSAT. Fuuhh memang cikgu kencing berdiri murid kencing berlari sebab menjadi ikutan para pelajar terutama pelajar senior (darjah 6).

Satu lagi peristiwa yang menyaksikan perubahan semasa aku belajar di sekolah rendah ini iaitu pakai seluar panjang. Secara tradisi sekolah ini memakai seluar pendek dan aku memakainya sehingga darjah 5. Kemudian di darjah 6 aku tukar pakai seluar panjang (sempat le setahun pakai). Antara mamat yang mengubah paradigma seluar panjang ini ialah Hafizi (ada dalam gambar) anak ustaz, masa itu darjah 4. Dia di panggil pihak sekolah untuk beri tunjuk sebab dan kalau tak silap hafizi pernah cakap kat aku yang ayah dia bertegas dengan pemakaian seluar panjang dan akhirnya di benarkan oleh pihak sekolah. Kemudian pengaruh seluar panjang ni melanda di sekolah sehinggalah sekarang.

Setakat ini saja cerita aku (buat masa ini) untuk sekolah rendah. Jadi di sini aku dedikasi kan gambar Kelas 6 Biru untuk tatapan umum supaya kenangan dapat di singkap kembali.

Dari murid 6 Biru

Mohd Hafizulfika Bin Hisham

5 comments:

George's Spot said...

may i noe wat year u were in 6B?

Unknown said...

In the year of 1991 around 17 years ago. Do you know someone in the picture :)

SMI Old Boys said...

dear george, welcome to this blog...
which batch are u? if u don't mind we want to put your link in the our links list...

George's Spot said...

Omg u guys r super duper seniors ..
Std Six 1999 6B.... Form 5 2004....Form 6 2006....

btw we r also on Facebook there are 1200++ members there

http://www.facebook.com/group.php?gid=5199482423

Pretorians said...
This comment has been removed by the author.