Kenangan kelas aku 5 sc 1 1996
5 Sc 1…
Budak2nye semua gile2 dan penuh degan pelbagai ragam dan karenah..banyak kisah pahit, manis dan lucu selama 2 tahun kami bersama. ni adalah gambar kelas aku yang terakhir sebelum mengakhiri zaman persekolahan tingkatan 5..semua hensem2 belaka..hehehe..
Sebelum aku coretkan panjang lebar tentang keunikan kelas aku ni..aku kenalkan satu persatu…
dari kiri duduk: roland, kah wei, andrew, kam tong, mr. chong, mior, joo wee, mark dan kee wee.
dari kiri berdiri barisan pertama: vai yuen, shaun, along, keng fei, donald, gilbert, mohan, bernard, siang hui dan justin
dari kiri berdiri barisan kedua: putra, anson, wai hong, fazli, sing wai, nicholas, michael, anantha,chin hui dan mas rizal
dari kiri berdiri barisan ketiga: yusmi, benedict, tang siang, jason, amsalan, hon wah dan say piau
tiada dalam gambar: kar seong, ruben
walaupun nama kami sedap2 belaka tapi kebanyakan budak kelas aku ni diberi gelaran..termasuklah cikgu kelas aku...
mr. chong (get out), roland (amoi), kam tong (lembu), mior (kaburator tx –lubang hidung besor), kar seong (ayam), mohan (ambulan), yusmi (beruang), putra (what the fuck man - beria), mas rizal (spiderman – bulu hidung), fazli (patriotisma), anantha (ikan - pailang), ruben (lalat), justin (express rakyat – kelam kabut), kah wei (artis), andrew (anjing), shaun (babi –samseng pendek), along (IWK), mark (lambat pickup), keng fei (lelaki misteri), donald (itik), gilbert (burung), amsalan (kaki bodek), anson (samseng), michael (elvis), benedict (larutan benedict), nicholas (papaya-perut), thang siang (kaki tidor), say piau (ma piau).
disebabkan banyak sangat gelaran binatang…kelas aku dah jadi macam zoo…
disebabkan semua budak kelas diketegorikan sebagai wrestler..semua nak tunjuk kekuatan masing2 termasuklah mior dan yusmi… perasan wrestler..
gambar kenangan semasa sukan sekolah..tak silap aku pada 30 mac 1996… di mana kelas aku memang tiap2 tahun tidak diberikan harapan untuk menang.. tapi tahun itu kelas aku muncul tempat kedua.. tahap paling tinggi penah dicapai..hehehe…
jadi geng2 aku abadikan gambar ni sebagai kenangan kerana itulah satu2nyer pencapaian yang terbaik dan membuatkan mr. chong bangga..
keistimewaan kelas aku ni adalah ketua kelas aku (kam tong) mengamalkan dasar kuku besi..sesiapa yang buat masalah akan dikenakan hukuman (backup beramai2) tanpa belas kasihan sehingga boleh menyebabkan hilang tulang belakang.. mangsa2 yang selalu kena..shaun, anantha, nicholas, donald, mior, yusmi, along, putra, kah wei, mohan, thang siang…dan boleh dikatakan semua kene..aku pun penah kene kut..
hehehe kelas aku juga memang baik hati sebab menyambut setiap hari lahir kawan2 dengan
parti hari lahir yang terhebat mestilah untuk ketua kelas aku.. di mana dia dijadikan mangsa 3 papan telur, bukan itu sahaja..kelas lain juga menyambut hari lahir dia.. sesiapa yang hari lahirnya jatuh pada hari cuti akan di advance serta carry forward pada hari berikutnya.. tiada yang dapat melepaskan diri..walaubagaimana pun kami semua tak de hard feeling arr.. semua budak2 kelas menerima keadaan ini seadanya…
kelas aku pun banyak memberi gelaran kepada cikgu2 di sekolah… ramai gile yang kena bagi gelaran..ada yang ok dan de yang tak ok.. kaluau cikgu yang garang ..erm..dapatle gelaran yang kurang ok..hehehe…biasalah zaman budak2 dulu..tak berfikiran matang..dikesempatan ini aku dan geng2 kelas mintak maaf banyak2 kat cikgu2 yang diberi gelaran sama ada yang baik atau tidak..segala jasa dan penat lelah cikgu akan dihargai dan dikenang selamanya...
tiap2 tahun , geng2 kelas serta sebilangan kecil budak2 kelas lain akan berkumpul sekurang2nya sekali setahun sempena menyambut raya ataupun chinese new year…
untuk vai yuen dan putra.. masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat pengantin baru (setahu aku baru 2 org je yang berkahwin..yang lain masih bachelor..rasa2nya la).. semoga berbahagia…setakat inilah cerita aku…aku mohon maaf andai kata2 aku menyinggung mana2 pihak… moga persahabatan ini terus kekal sampai bila2…
From a student of 5Sc1 Batch 1996.
1 comment:
good memories though. Then i hope 5sc1 2009 will be just like this batch of 5sc1. I never regret to be a part of this family... st michael brings me sad, happy moments.
good luck to all my classmates and lets go for this year's SPM.
Post a Comment