(click the pictures for full view)
derma darah tak sakitla...
Dr Magendran tgh rileks
yang baju coklat tgh berjalan tu tak nak derma ke
tidur jap...
"banyak juga darah budak ni"-nurse
beratur nak derma
siapa derma dapat beg ni
l-r: dzran, fika & meor
depan PADINI
adril(97) derma...
l-r: fazli, dzran & fika
pegawai yang bertugas
old boy from batch 84
peace yo
the SMI Old Boys
ouccchh..its hurt
zaimee(batch97) kena interview dgn doc
bekas pemain ragbi SMI derma darah
a friend's support
a nurse help
Itulah harapan bagi mereka yang memerlukan darah untuk terus bernyawa di muka bumi ini. Berbekalkan dengan semangat itu SMI Old Boys telah turun membantu Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dalam kempen Derma Darah praRamadhan Ansara Utusan 2008.
Untuk mempromosikan kempen ini, sehari sebelum kempen bermula, risalah-risalah telah diedarkan di sekitar ipoh termasuk di masjid-masjid bagi menggalakkan orang ramai menderma darah. Promosi juga dilakukan secara online dan dihebahkan di internet dan secara SMS.
Beberapa orang old boys dari SMI telah bertugas sepanjang kempen derma darah. Selain daripada menderma darah mereka juga mengajak dan meyakinkan orang ramai di sekitar Jusco Kinta City untuk menderma darah.
Terdapat juga beberapa orang old boys yang telah mendapat maklumat mengenai kempen derma darah ini telah datang untuk menderma darah.
Antaranya Adril dari batch 97 dan seorang Michaelian(lupa namanya) dari batch 84. Hafiz@AFRO (batch 2006) yang kini menuntut di UiTM Sri Iskandar yang merupakan bekas pemain ragbi SMI hasil didikan Cikgu Helmi, juga datang memberi sokongan. Walaupun Hafiz tidak menderma darah namun beliau berjaya membawa rakan-rakannya dari UiTM Sri Iskandar untuk menderma.
Terdapat juga old boys yang kebetulan melalui kawasan menderma darah dan sempatlah masing2 bertanya khabar. Antaranya Karthikeyan(batch 96) yang sudah menjadi doktor gigi di Kuala Kangsar, Dicky(batch 95) bersama isteri dan anaknya yang dahulunya merupakan pemain bolasepak sekolah yang kini bekerja di sebuah bank di Ipoh dan Azhar(batch 97) bersama tunangnya yang kini merupakan seorang peguam. Ada juga yang dah berkahwin dan ada yang masih mencari calon isteri dan ada yang dah semakin gemuk dan boroi.
Kempen derma darah yang sepatutnya berakhir pada pukul 5 petang terpaksa dilanjutkan sehingga pukul 6 memandangkan semakin ramai orang berpusu-pusu ingin menderma darah. Hasilnya seramai 161 orang telah menderma darah sepanjang tiga hari kempen di mana penyumbang adalah terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat umur.
Terima kasih diucapkan kepada Dr. Magendran, En. Khalid(JTMP), Cik Emera(Pegawai Seranta), Staf Nurse; Puan Minah dan Puan Ro'a' , PPK-En. Zamal dan Puan Zainoriah dari Hospital Raja Permaisuri Bainun yang telah bertungkus lumus bertugas sepanjang kempen ini.
Penghargaan juga kepada guru-guru dari SMI dan Michaelians dari SMI Old Boys terutamanya kepada saudara Fazli(batch 96) yang sebenarnya merupakan orang kuat SMI Old Boys di dalam kempen ini. Pengalaman beliau semasa berkhidmat dengan Pusat Darah Hospital Raja Permaisuri Bainun banyak membantu.
Tidak lupa juga kepada pihak ANSARA( Alumni MRSM) yang sudi menjemput kami untuk bekerjasama di dalam kempen derma darah yang julung kalinya melibatkan penyertaan SMI Old Boys.
Terima kasih kepada warga Ipoh dan Perak kerana sudi menderma. Sesungguhnya sumbangan darah anda dapat membantu mereka yang memerlukan.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 51 dan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
(banyak gambar akan diupload...tunggu....)
No comments:
Post a Comment