
Pada 20/8/2010 satu Majlis berbuka puasa diadakan di St. Michael's Institution, Ipoh. Majlis ini dianjurkan oleh ALUMNI RANCANGAN KHAS (RK) SMI dan juga pihak sekolah. Majlis ini dihadiri oleh old boys beragama Islam dari zaman 70an sehingga 00an, guru-guru, bekas guru dan juga pelajar-pelajar Tingkatan 3-5.


Majlis bermula pukul 6 petang dan bertempat di dewan SMI dimulai dengan bacaan Tahlil. Apabila tiba waktu berbuka puasa semua hadirin dan hadirat menjamu selera di kantin sekolah.

Program ini kemudiannya diteruskan dengan solat berjamaah Maghrib, Isyak dan kemudiannya Solat Tarawih yang diketuai oleh Imam Khairuddin Malik yang juga merupakan bekas pelajar SMI yang kini berkhidmat sebagai Imam di Masjid Puchong, Selangor.
Selain daripada itu sesi tazkirah atau ceramah motivasi juga diadakan dan telah disampaikan oleh bekas pelajar SMI dari tahun 1974-1979 iaitu Dr. Kamaludin Karmain yang merupakan seorang doktor perubatan yang mempunyai klinik beliau sendiri di Manjung. Ceramah beliau berkisar topik tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan cara mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.


No comments:
Post a Comment