SIGN OUR GUEST BOOK smi_oldboys@yahoo.com

OUR SCHOOL RALLY


Tuesday, February 23, 2010

Majlis Tahun Baru Cina MACMA 2010


Pada 21/2/2010, satu Malis Tahun Baru Cina telah diadakan di Masjid Muhammadiah Taman Tasek Jaya Ipoh. Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia Cawangan Ipoh dan telah dirasmikan oleh Penasihat Agama Islam kepada Menteri Besar Perak iaitu Datuk Najmuddin Alias Al-Hafiz.

Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Datuk Sheikh Mansor Al-Hafiz dan juga Datuk Dr. Fazli Cheah. SMIOB telah dijemput untuk hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Tetamu-tetamu yang juga terdiri daripada penduduk setempat telah dihidangkan dengan jamuan, persembahan oleh penyanyi undangan dan pemberian ang pow serta cabutan bertuah.

Majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi berakhir pada jam 12.30 tengahari.

SMIOB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Malaysian Chinese Muslim Association Cawangan Ipoh dan setinggi-tinggi penghargaan kepada saudara John Patrick@ Amir Shariffuddin Wong (Michaelian Batch 1996) di atas kesudian mereka menjemput pihak kami ke Majlis yang penuh keberkatan.


No comments: