SIGN OUR GUEST BOOK smi_oldboys@yahoo.com

OUR SCHOOL RALLY


Tuesday, June 23, 2009

A NIGHT IN SUBANG JAYA



Pada hari Sabtu, 20 haribulan Jun 2009, SMIOB mengadakan satu sesi futsal yang julung kalinya diadakan di Lembah Klang. Setelah hampir setahun aktiviti futsal SMIOB bertapak di kampung halaman, Ipoh, sudah tiba masanya usaha untuk mengumpulkan seberapa ramai Michaelians yang menetap di Lembah Klang selaras dengan motto SMIOB, "THROUGH SPORTS AND CULTURE WE UNITE".

Perlawanan futsal di kalangan old boys telah diadakan di HTO De FUTSAL SUBANG JAYA. Seramai 11 orang telah hadir. Satu kehadiran yang amat mendukacitakan walaupun usaha promosi telah giat dijalankan, memandangkan sambutan futsal di IPOH boleh mencecah sehingga ke 25 orang Namun demikian, SMIOB memahami keadaan tersebut. Ramai yang tidak dapat hadir kerana ada urusan masing-masing dan mereka akan cuba hadir untuk sesi futsal yang akan datang.

Perlawanan diadakan di Court 6. Kebetulan di Court 8 terdapat juga sekumpulan bekas pelajar SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN( STAROBA) yang mengadakan sesi latihan futsal mereka. Mungkin mereka sedang membuat persiapan sebelum mereka kembali ke sekolah mereka pada 26-28 Jun bagi menyambut OLD BOYS WEEKEND yang diadakan di ALMA MATER mereka di IPOH. Welcome home STARIANS:)

Terima kasih kepada old boys yang hadir. Sesungguhnya semangat cintakan sekolah, untuk sekolah dan demi sekolah masih tebal dalam sanubari anda semua walaupun anda semua berada jauh di perantauan.

1996-Mior Nor Haidir, Mohd Dzran, Hafizulfika Hisham, Mohd Idzma

1998-Noorlizamri Nan, Shaifurizam Jamaluddin

2002-Firdaus, Syazwan, Rahimi, Hanef (the batch first appearance)

No comments: