Umumnya di sekolah ni mempunyai 10 kelas dan diberi nama A1 sehingga A10 untuk tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 dan secara purata mempunyai 40 pelajar setiap kelas pada tahun-tahun tersebut. Kelas 1A7 sehingga 3A7 adalah permulaan hidup ku mengenal erti peranan seorang pelajar
Ok kelas 1A7 sehingga 3A7 tak jauh berbeza dari segi suasana dalam kelas iaitu kerusi meja kayu, papan hijau, kabinet buruk (simpan alatan mengajar), lantai simen, kipas dan papan info ( di bahagian belakang kelas). Dari segi dimensi kelas segi empat sama dan siling boleh tahan jugak le tinggi. Mana kala lokasi pulak kelas 1A7 di ground floor (senang nak ponteng), kelas 2A7 di 2nd floor (penat naik tangga) betul-betul sebelah mini gereja dan kelas 3A7 kembali di ground floor.Antara lokasi yang menarik ialah kelas 2A7 dimana ada lorong di antara kelas dan gereja (di gunakan sekali sekala). Jadi hampir setiap hari segala aktiviti haram (pecah rahsia)di lakukan di situ seperti main bola (sampai pecah cermin pintu gereja), hisap rokok , lepak-lepak, bergaduh dan paling hampeh sekali tempat buang air kecil (2nd floor jauh dari tandas).
Dan lorong itu juga di kongsi bersama dengan jiran sebelah kami (A8-A10) maka bertambah meriah aktiviti di lorong tersebut. Untuk pengetahuan semua di hujung 2nd floor (selepas kelas 2A10) ni juga mempunyai sebuah asrama untuk pelajar yang jauh sebelum di pindah kan ke Asrama berpusat di Anderson. Sekarang aku tak tahu apa dah jadi dengan bilik tersebut.
Kembali semula dengan kisah kelas A7 ini dengan pengenalan guru kelas iaitu Pn Yip Seng Chong (1A7), Pn Amnah (2A7) dan Pn Noorshimah (3A7). Antara ketiga-tiga guru kelas aku ni Pn Noorshimah antara yang best sebab cantik (hihihii), lembut orang yer dan paling best sebab dia bagi perhatian kat aku dan offer aku untuk ajar BI (tapi aku tolak sebab jauh umah dia).
Haa Pn Yip pulak kami (budak A7) perasan setiap hari mesti pakai baju fesyen lain dan tak pernah kami nampak pakai baju yang sama dalam masa 2 bulan (banyak baju dia).
Pn Amnah pula aku kategori kan cikgu biasa saje kerana tiada kenangan indah yang kami dapat daripada dia kecuali cubitan maut hikmat kelapan menjadi igauan setiap kali tak buat kerja rumah.
Ada satu kes yang tak best berlaku pada Pn Noorshimah dalam kelas kami bila dia merajuk keluar kelas sambil menangis sebab ada classmate aku lawan cakap dia. Terpaksa le aku (ketua kelas masa tu) dengan classmate (lupa sapa) pergi bilik guru pujuk Pn Noorshimah (ayat power beb).
Itu antara kenangan yang tak boleh aku lupa first time aku pujuk perempuan (sekarang ayat pujuk lagi power). Cukup la sampai sini aku mengumpat pasal cikgu kelas aku takut tak berkat pulak ilmu yang diberi.
Jadi aku nak mengumpat pasal kawan-kawan kelas aku pulak. Kawan-kawan kelas aku ni pelbagai kaum, melayu, cina, india dan ada seorang bangsa baba dan nyonya dalam kelas aku. Kelas aku ni boleh dikatakan susah nak di kawal (termasuk le aku) dari segi nakal dan samseng maklum la masing –masing nak tunjuk jaguh .
Jadi pergaduhan, perselisihan paham, mencarut, mencuri, vandalisme terhadap peralatan sekolah dan macam macam lagi tak boleh di elakkan lagi bagaikan isi dengan kuku. Jadi suasana pembelajaran tu menjadi tegang sehingga boleh menjejaskan keputusan peperiksaan.
Walau bagaimanapun terdapat jugak muafakat dan aktiviti bersama kami lakukan. Antaranya adalah bersukan (tak pernah jadi jaguh) dan kawad hormat sukan tahunan (tak pernah menang pun). Itu adalah sedikit sebanyak yang dapat aku singkap kan mengenai kelas A7. Mungkin kawan-kawan yang lain sama ada di kelas yang sama atau kelas lain menambah kan lagi cerita yang ada disini untuk artikel seterusnya.
Di sini seperti biasa aku sertakan gambar-gambar kelas A7 untuk tatapan semua semoga kenangan kekal abadi.
Artikel memori kelas Sc5 tungguuuuuuuuuu……
Dari pelajar A7 ….Mohd Hafizulfika Hisham
Seated (L-R): Nafiz, Kheng Hoong, Desmond, Faizal, Hafizulfika (aku), Pn Noorshimah, Choong Jin, Harivinachen, Christopher, Yip Chow Soon, Vishnu
1st Row (L-R): Colin, M.Faisal, Syed Nasrul, Ken Cheong Yew, Mathavan, Nashrim, Mohan, Megat Razlan
2nd Row (L-R): Erman Effendi, Yee Chern Yang, Chee Kin Ghee, Karti, Woo Chee Dat, Alwin Ooi, Tan Yoong Hoi, Razali
3rd Row (L-R): Khuang Hong, Shaifuddin, Ganesh, Senthil, Hoi Chiew Kie, Imran Ahmad,
Absent: Ahmad Fairul, Cheah Shen Yean, Lim Say Piau, Loke Kar Leong, Mazrizal, Sharizal, Yaw kok Wai
1 comment:
biasa la gaduh2..
kata laki..
Post a Comment