SIGN OUR GUEST BOOK smi_oldboys@yahoo.com

OUR SCHOOL RALLY


Saturday, May 24, 2008

Kisah Kenangan Seorang Michaelian



An Old Boy of SMI tell his story in SMI....
menceritakan mengenai siapa dalam gambar ini dan signifikannya kepada diri beliau..

Gambar masa darjah 6 ni di ambil sebelum game melawan Sek Megat Khas (Labrooy - sekolah Khalid Jamlus). Aku tak bergambar sebab time ni tak dtg sekolah sbb demam.

Tapi untukk kenang-kenangan beli la gambar ni selepas di cuci walaupun muka aku tak ada.. biggrin.gif Kalau korang perasan lokasi gambar ni di ambil sama dgn lokasi penggambaran filem 'Sepet'..Masa Orkid dan boyfren dia bertengkar..SMI jadi lokasi sekolah Orkid dan kawan2nya. Luas kawasan ni..ada tiga court badminton terletak kat tepi kantin. Dikelilingi bangunan2 sekolah, pandai designer ni..bila main badminton, tidak lah 'dikacau' sangat oleh angin..Kalau tak, melayang2 la shuttle cock tu nanti..hehehe

Chee Wan Hoe berdiri tiga dari kanan, main bek.Dia ni masa sekolah 'gengster' skit.Form 1 atau Form 2 aaku tak ingat, Wan Hoe kena buang sekolah pasal kes curi basikal..hehehehe.Coach cikgu Ibrahim yg berdiri tengah tu. Anak dia bertinggung (Azril) pegang bola nombor 3 dari kanan. Game ni SMI menang ke atas Sek Megat Khas atau Labrooy 7-0. Playmaker yg kreatif Noor Zuraidi duduk dua dari kanan. Abg dia bekas pelumba cub-prix Malaysia mewakili Yamaha ( Noor Effendi ). Masa time sekolah kalau nak 'modified' motor aku dan geng2 lain jumpa abg dia. SMI dulu ada jugak kita punya 'Saravanan'. Duduk no2 dari kiri..nama 'N.Saravanan.'Mmg lincah mcm V. Saravanan..susah nak kekang dia bila bawak bola... biggrin.gif Duduk 3 dari kiri pesaing aku dlm 100meter sekolah..Bergilir2 aku dgn dia pegang no1 dan 2. Nan Yusri nama mamat ni..eksyen skit..anak oghang kayeee ler katakan..

My best fren Habibul Rahman berdiri 3 dari kiri 'kaki racun' bila aku berlumba dgn Nan Yusri ni..Dia tak suka Nan ni menang..hehehehe..Sorang lagi best fren..Baba Hadil..(nama pelik skit) adik beradik dia sume nama pangkal 'Baba' tp bukan keturunan Baba dan Nyonya Melaka..kuikuikui..Aku still contact dgn Bib (Habibul) kerja kat Petronas dan Baba (memiliki pejabat Guaman sendiri). Skrg badan masyaallah..'gemuk skit' dan kepala botak tengah... smile.gif
Byk fikir 'kes' la tuu..

Ada sorang member aku budak Serani, dia ni kighe gengster la jgk masa kat SMI..dah mati kena tembak dari jarak dekat masa keja kat Pub di Hotel Penang Mutiara sekitar 90an.Dia ni DJ kat situ, Badan/muka ala-ala Gigolo pun. Nama alamak...luper la pulak...Vincent ke Bernard ke..

Gobinathan berdiri 4 dari kanan score hatrick..Ivan Lui berdiri 6 dari kanan score 4 bijik.Affendi berdiri 4 dari kanan dah meninggal dunia accident tahun berapa aku tak pasti tp lepas SPM la..on the way masa nak pegi ke Pesta Lumut. Dia terbabas lalu terlanggor 'batu penanda kilometer' tu...kecederaan teruk di kepala..al-fatihah. Rumah dia teres corner lot belakang padang Lintau dekat area Silibin.

Masa form 4 dan 5, SMI dilatih oleh Karathu. Dtg pakai kapchai lampu bulat. Tak seorang pun team masa darjah 6 ni ada dlm pasukan Karathu.Training dgn dia mmg 'muntah hijo' lerr..Sapa2 yg isap rokok tu..termengah2 ler..Sessi panas badan..lari 10 round padang sekolah.. Lepas SPM, Karathu dipancing oleh KIA pasal SMI tak mampu nak 'counter offer' tawaran yg dibuat oleh KIA.Selepas bawak KIA menang Piala FAM, Perak pulak pancing Karathu.

Shamsul Akmar Japperi dan Zamzuri ex-Perak ada dlm team SMI masa form 5. Zamzuri umah dia kat Kg. Sungai Tapah manakala Sham kat padang High Chapparal Sg. Tapah.(padang pasir langsung takde rumput).

SMI byk melahirkan jaguh sukan negara/negeri dan artis/celebriti tanahair..hehehee

1)Chan Swee Hwa - jaguh lompah jauh wanita
2)Linda Kwan atau Lydia Kwan ke..tak pasti ejaan nama dia - jaguh bowling masa dgn Shalin..Pernah dapat BMW sebijik sbb buat 'perfect game' tournament di Spore.
3)Shamsul Akmar/Zamzuri - bolasepak Perak
4)Charles David - pemain hoki Msia masa bersama R.Shanker dan Mirnawan.
5)Foo Keat Seong - pemain hoki Msia. Dia ni coach hoki SMI.
6) Norma - artis rock budak Manjoi..skrg nyanyi Kelab kut. Last dapat tahu dia nyanyi kat kelab dgn Alim (Kris)
7) Norliza Mohd Zain - pembaca berita perdana TV3 skrg ni..budak Kelebang. Last aku jumpa masa kat The Weld, Jln Raja Chulan.Kat sekolah ayu, putih melepak, bertudung labuh lepas dada..skrg hmmmm...bertambah lawa kalau jumpa face to face kat TV3
8)Keifi - jaguh lumba kereta - ex-hubby Linda Rafar
9)Ikram Dinzly-pelakon drama dan filem

last sekali...jgn tak percaya..

10) Roberto Falcao - pemain bolasepak Brazil dlm World Cup 1982 bersama2 Zico.Dia bersekolah di SMI sekejap dulu..Gambar ada dlm majalah sekolah sekitar tahun 60an. Pastu balik Brazil. SMI dulu sekolah yg dibuka oleh paderi yg dtg ke Malaya dulu.


Masa time aku form 4 dan 5..pengetua sekolah ialah paderi Mat Salleh..Bro. Ultan Paul dan Bro. Vincent Cockery. Itu lah cerita aku setakat ini tentang kehidupan di SMI.


Shah
Batch 8488





--------------------

1 comment:

Ah SEng said...

karathu memang hebat..
tp kwn saya ckp kalau dia bg fitness mmg lth...
lagi satu..
bro vincent corkery ada lagi kat SMI..
dia masih gagah..