SIGN OUR GUEST BOOK smi_oldboys@yahoo.com

OUR SCHOOL RALLY


Friday, April 30, 2010

RK-Asrama Jalan Tambun

Asrama No. 75 Jalan Tambun

The Michaelians who were the residence of Asrama Jalan Tambun

The First Batch of RK in 1971



From boys to men..the Michaelians of RK in 2008. Among notable figure is Prof Dato' Abdullah Bin Mohamad Said




Siapakah mereka? Mereka adalah pelajar-pelajar Melayu yang mendapat peluang belajar di SMI dan kebanyakan daripada mereka adalah pelajar pintar dari luar bandar yang mendapat peluang bersekolah di SMI di bawah satu program yang dikenali sebagai Rancangan Khas(RK) dan program ini berterusan untuk beberapa dekad. Selain daripada asrama di SMI terdapat juga sebahagian darpada pelajar-pelajar ini tinggal di asrama di Jalan Tambun sebelum berpindah sepenuhnya ke asrama di SMI. Tidak dapat dipastikan samada pelajar-pelajar program RK atau lebih dikenali sebagai budak hostel ini masih lagi terdapat di SMI.



Namun demikian, SMIOB ingin memberikan penghargaan kepada batch pertama RK ini dan juga batch-batch 1970an yang kini telah pun menjadi lelaki bekerjaya di dalam bidang masing-masing. Suka duka mereka ketika menginap di Asrama Jalan Tambun merupakan pengalaman yang berharga yang mungkin tidak dapat dilupakan. Pengarah kampus UITM Perak yang baru-baru ini menerima darjah kebesaran dari Sultan Perak, Prof Dato' Dr. Abdullah Bin Mohamad Said merupakan salah seorang daripada pelajar hasil daripada program Rancangan Khas (RK). Semoga legasi RK di SMI akan terus dikenang.

Sunday, April 25, 2010

Lifetime Achievement Award

Prof Dato' Dr. Abdullah Bin Mohamad Said

Dato Dr. Abdullah (1st on the left)


Tahniah diucapkan kepada Pengarah Kampus UiTM Perak, bekas pelajar St. Michael's Institution Ipoh (Batch 1978) di atas Penganugerahan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Dato' sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Perak Yang Ke 82 dan selepas ini disebut sebagai Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Abdullah Bin Mohamad Said.



Dato' Brother Vincent Corkery, DPMP(DARJAH DATO’ PADUKA MAHKOTA PERAK)

Congratulations to Bro. Vincent Corkery who was conferred Datukship by His Royal Highness Sultan Azlan Shah in conjunction with his royal highness 82nd Birthday.