SIGN OUR GUEST BOOK smi_oldboys@yahoo.com

OUR SCHOOL RALLY


Wednesday, July 28, 2010

SMIOB Dugong





Ladies and Gentleman. We would like to introduce to you the SMIOB Dugong. Our own old boys rugby team. Look at them!! They still fit and have the energy to play the animal game for a gentleman.

On 24th and 25th July they had created a history by becoming the first old boys team from SMI involved in Rugby 7 aside Liga Alumni 2010. They were in same group with the defending champion, KYSER Unicorn (Kolej Yayasan Saad Melaka Alumni), HSKOBA (High School Klang Old Boys Association) and ANSARA (Alumni MRSM) Kuala Terengganu.

With no training, our team had given a fight against the much established teams. In first game the team lost 7-14 to KYSER and against HSKOBA we were defeated 7-17. In our last game, we were the favourite to win the game but our team failed to lift the expectation whereby we lost 14-19 to ANSARA Kuala Terengganu. The Champion for this tournament is HSKOBA when they defeated KYSER.

The event was held at Padang UTARA Seksyen 52 Petaling Jaya, a centre for the rugby community in Klang Valley. For some of Michaelians, this was the first time they had stood on the field and played rugby here.

SMIOB Dugong will come back again next year and with much proper training we believe our team will do much better. Apart from 7 aside, we will also looking forward for 10's and 15's tournament anywhere in Malaysia.

We would like to thank to the those who were in the team:

Team Manager: Mohd Dzran Md Desa(96)
Asst Manager: Hafiz Zulkifli (05)

Exco:
Hanif Kamaludin (97)
Noor Halim Yaacob (98)
Hafiz Zolkipli (01)
Cikgu Helmi (SMI)
Cikgu Adi Yusri (SMI)

Players:
Izham Hadi(00)
Tasnim Hadi (02)
Yang Syazlan (02)
Shafiq (05)
Alip (05)
Dely (05)
Onn Fadli (08)
Safuan (09)

Import
Aliff Yasraff( Sek Men Dato Syed Omar Kedah)
Shahzali( Sek Men Teknik Ampangan Negeri Sembilan)

Sunday, July 4, 2010

A Successful Weekend







Syukur dengan limpah kurniaNYA, SMI OLD BOYS WEEKEND 2010 telah berjaya dilaksanakan dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Seramai lebih 100 orang OLD BOYS yang hadir bagi memeriahkan acara tahunan ini yang dianjurkan oleh SMIOB dengan kerjasama pihak sekolah.

Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Vincent Corkery dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat seperti Penolong Kanan Kokurikulum En. Kamaruzzaman, bekas guru merangkap bekas penyelia petang SMI (bersara 1994), Cikgu Harun dan bekas pemain ragbi SMI, En. Zolfa Bin Zin (batch 1984). Perasmian juga diserikan lagi dengan perarakan masuk ke padang oleh pemain-pemain dari kedua-dua pasukan dan persembahan bertenaga oleh Michaelian Military Band.

Program dimulakan dengan permainan Ragbi di antara SMI dan SMIOB. Pasukan SMI berjersi baru lengkap yang ditaja oleh pihak sekolah dan old boys kelihatan begitu segak namun gagal menewaskan pasukan SMIOB dan kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan 15-15. Pasukan SMIOB dibarisi oleh pemain-pemain terbaik yang pernah dilahirkan oleh SMI dari generasi Cikgu Choo Ah Chye sehinggalah ke generasi Cikgu Adi Yusri dan Cikgu Helmi Md Isa. Cikgu Choo Ah Chye juga hadir untuk memberi sokongan.

Perlawanan bolasepak di antara pasukan SMI dan SMIOB memihak kepada SMIOB apabila pasukan muda sekolah tewas 4-3. Pasukan SMIOB kelihatan amat goyah pada awal permainan apabila ketinggalan 0-2, namun pengalaman memisahkan kedua-dua pasukan dan ternyata pasukan bolasepak SMIOB pulang dengan kejayaan.

Bagi acara badminton, kedudukan terikat seri 2-2 setelah penganjur membatalkan perlawanan terakhir memandangkan kedua2 pasukan kekurangan pemain.

Kesemua perlawanan telah disaksikan dengan penuh minat oleh Dato Vincent Corkery yang sanggup turun ke gelanggang dan meluangkan masa untuk bersama dengan Michaelian.

Acara terakhir, tarik tali merupakan acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta dan sekali lagi SMIOB berjaya mengalahkan pasukan SMI.

Ternyata acara ini telah berjaya mencapai matlamatnya iaitu untuk merapatkan hubungan di antara pelajar dan bekas pelajar di dalam satu suasana kekeluargaan yang meriah. Keputusan permainan bukan perkara utama tetapi semangat bersatu tanpa mengira umur, status, bangsa dan agama selaras dengan semangat seorang Michaelian.

Jawatankuasa Penganjur SMI OLD BOYS WEEKEND 2010 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakannya termasuk barisan ahli jawatankuasa penganjur dari SMIOB dan SMI yang bertungkus lumus siang dan malam untuk menjayakan program ini dan SMIOB juga berharap program ini akan menjadi acara tahunan dan tradisi yang ditunggu-tunggu oleh semua warga Michaelian.

Terima kasih daun keladi
Tahun depan jumpa lagi